My Blog

Sebelum saya menulis mengenai perkara yang berkaitan dengan pendidikan, saya sendiri dan anda semua marilah bersama-sama menghayati dan memahami terlebih dahulu mengenai konsep Falsafah Pendidikan Negara Malaysia....

"Pendidikan Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".

Daripada konsep diatas, kita dapati bahawa negara kita iaitu Malaysia merupakan sebuah negara yang mementingkan terhadap perkembangan modal insan yang menjadi suatu pemacu kepada perkembangan negara. Hal ini kerana sistem pendidikan yang dijalankan adalah secara berterusan samada dari segi rohani, emosi dan sebagainya. Dengan kata lain adalah secara menyeluruh....

Namun begitu untuk mencapai objektif tersebut, sistem pendidikan negara kita ini terpaksa mengharungi pelbagai cabaran samada dari persaingan dari negara-negara asing, masalah remaja, kemiskinan, dan sebagainya. Oleh yang demikian, dalam menuju Wawasan 2020 atau lebih lebih dikenali sebagai impian menjadi negara maju, sistem pendidikan negara ini terpaksa melalui detik-detik yang sukar di tempuhi oleh setiap warga pendidik negara...

Persoalannya, adakah para pendidik masa kini sudah bersedia mengharunginya....???