Tuesday, August 10, 2010

Sistem Perundangan Pendidikan di Malaysia





PERUNDANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

• AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)


Tujuan utama sistem perundangan pendidikan adalah untuk menentukan tahap pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan seterusnya dapat memenuhi keperluan dan cabaran pendidikan pada alaf baru. Kementerian Pendidikan telah mengambil inisiatif membuat beberapa perubahan berterusan dalam pendidikan termasuk mewartakan perundangan pendidikan yang telah dikeluarkan pada tahun 1996 dan 1997.

AKTA PENDIDIKAN 1996 [AKTA 550]
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini merangkumi skop pendidikan yang lebih luas. Ianya meliputi semua kategori sekolah, yang mengamalkan sistem pendidikan kebangsaan. Tujuan akta ini adalah untuk menjamin kualiti di dalam sistem pendidikan. Akta ini mengawalselia usaha ke arah mempertingkatkan dan meninggikan kualiti pendidikan di peringkat pra sekolah, pendidikan guru, pendidikan khas, pendidikan swasta dan pendidikan teknikal. Di bawah akta ini kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga diberi penekanan dan pengajaran bahasa-bahasa asing yang lain juga digalakkan. Akta ini telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 1998. Buku Akta ini boleh dibeli di kebanyakan kedai buku.

Rujukan daripada Akta Pendidikan Negara 1996.

No comments:

Post a Comment