Tuesday, August 10, 2010

Isu Pendidikan

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata projek jalan luar bandar yang akan dilaksanakan di Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) membabitkan peruntukan RM2 bilion bagi penambahan jalan sejauh 906km, iaitu daripada 20,333km kepada 21,239km, menjelang 2012.
Beliau berkata sejumlah RM1.7 bilion diperuntukkan bagi Sarawak untuk menambah liputan bekalan elektrik daripada 66 peratus kepada 95 peratus menjelang akhir 2012, yang akan memberi kemudahan kepada 77,788 buah rumah.
“Dalam konteks Sarawak, Bidang Keberhasilan Utama Negeri yang amat relevan adalah untuk meningkatkan infrstraktur asas luar bandar,” katanya ketika merasmikan Gawai Karnival Redeems 2010 di Kampung Apar, Singgai di Bau, Sarawak malam tadi.
Dalam tempoh yang sama, beliau berkata RM1.5 bilion lagi diperuntukkan bagi menambah liputan bekalan air di Sarawak kepada 90 peratus, berbanding 59 peratus ketika ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata banyak sekolah-sekolah baru akan dibina di Sarawak untuk meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti, termasuk sebuah sekolah menengah yang akan didirikan di kawasan Bau dalam RMK-10 nanti.
Beliau seterusnya memberi jaminan bahawa kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mendengar bisikan hari nurani rakyat Sarawak.
“Masih banyak yang perlu dilakukan di Sarawak dalam usaha kerajaan untuk melunaskan tanggungjawab sebagai kerajaan pembela rakyat,” katanya dan menambah segala agenda pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan mesti dapat dirasai oleh rakyat.
–Bernama

No comments:

Post a Comment